Wednesday 26 October 2011

KREATIVITI

DEFINISI KREATIF
Antara definisi kreativiti ialah "Kemampuan atau kebolehan mencipta" (Kamus Dewan,1997), "kebolehan untuk mencernakan dan menghasilkan idea baru dan asli. Idea tersebut dihasilkan melalui ilham atau gabungan idea yang ada"(PPK,1999) dan Kreativiti adalah menggunakan imaginasi untuk sampai ke satu penyelesaian masalah, cabaran, soalan dan tugasan yang asli" (QAC, 2007).

MENGAPA MURID PERLU KREATIF DAN INOVASI

Membolehkan murid tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Antara kepentingan kreativiti kepada murid adalah untuk:-
* Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru.
* Menbiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional.
* Mencernakan idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan dengan
lancar.
* Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.
* Mengerahkan pemikiran bercampah dan 'think out of box'.
* Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi.
* Menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

(sumber:Buku Panduan Kreativiti Pembangunan dan Amalan Dalam P&P,BPK,2011)

Thursday 10 March 2011

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 SECARA ONLINE

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Feb. 2011 hingga 30 April 2011. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja.

Untuk masa sekarang, UJIAN ini tidak boleh dijalankan di sekolah kerana kemudahan capaian internet dalam proses pemasangan oleh pihak Telekom Malaysia. Pihak sekolah memohon maaf di atas kesulitan ini...

Ujian atas talian boleh dilakukan di http://ukm1.permatapintar.edu.my/